Friday, October 1, 2010
Mood Goyang Lagi?
Kadangkala aku terfikir. Adakah aku terlalu tidak sopan? Adakah masyarakat boleh menerima setiap kelakuan aku saban hari? Adakah rakan-rakanku benar-benar terhibur apabila berada disampingku, atau mereka terpaksa melayan lawak bodoh yang cuba aku sampaikan tiap kali. Apakah pandangan mereka terhadap aku sebenarnya? Dari dulu seseorang cuba mengubah aku dari sebentuk wanita yang boyish, kurang sopan, galak, tidak beragak, hodoh, cacat you name it kepada sebentuk wanita yang feminin, sopan, tidak galak, beragak, lawa, normal you name it! Namun aku tidak faham mengapa aku perlu diubah sehingga lah seseorang itu memberi satu sebab yang sangat memberi tamparan di hati serta pendirian aku. "Aku nak semua orang respect kau je. Pandang tinggi dekat kau. Hormat kau. Aku nak jaga maruah kau." Yea...Now I'm 20 years old, and I finally understand what you said. Bagi aku, sahabat-sahabatku pada masa ini adalah segalanya bagi aku. Mereka lah yang sentiasa mewarnai hari-hari aku. Merekalah yang sentiasa membuat aku tersenyum tatkala menonton drama sedih. Namun aku sangsi. Mengapa mereka melayan aku tidak seperti wanita lain? Apa bezanya aku dengan mereka? Mengapa? Aku keliru sehingga aku sendiri tidak faham apa yang cuba aku bawa pada entry kali ini. Kesimpulannya, aku tidak mendapat respect yang sama seperti wanita lain. Baru sekarang aku nampak maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang satu ketika dahulu. Tapi, adakah dengan meningkatkan kadar kesopananku akan memberi aku penghormatan dari mereka? Seikhlas hati aku berkata, aku tidak pernah terasa hati jika aku diperlakukan seperti seorang lelaki. Aku tidak terasa hati jika aku dilayan dengan kekasaran. Tapi itu lah hakikat sebenarnya. AKU MAHU SEDIKIT RESPECT. Tetapi masihkah mereka terhibur disampingku jika aku mengubah karektor maskulinku kepada yang lebih feminin yang terus menjadikan aku seorang wanita yang biasa, sama seperti wanita yang lain. Itu hakikat yang aku tidak mahu. Aku mahu jadi yang berbeza. Persoalannya, bagaimana untuk menjadi wanita yang berbeza tetapi masih mendapat sedikit respect; hanya sedikit kerana aku seorang wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment