Thursday, September 30, 2010

Shreeeeeeeettttttt....gedebomm!!!

Hahhh memang aku dilanda kemalasan untuk mengupdate blog gara-gara kesibukan melakukan hal-hal lain yang aku kira lebih penting dari ini. Namun apa yang aku cuba sampaikan pada entry kali ini adalah bingkisan cerita semalam yang berlaku. Hari semalam sangat menarik sehingga menarik kerajinan aku untuk mengupdate blog sejak sekian lama.(salahkan raya). Ada dua cerita terkandung pada entry ini. Pertamanya, yessss, aku kena naik court kerana mendapat pertuduhan dari pihak universiti bahawa aku gagal hadir ke kelas 3 kali tanpa sebab. Jadi tarikh semalam aku dikehendaki hadir ke court untuk perbicaraan. Sangatlah MENYERONOKKAN TAHAP GAMPANGSS jika kita perlu menunggu giliran sehingga lima jam. APA? LIMA JAMM???? yaaa...lima jam. Waktu sebenar pukul dua, aku dipanggil pukul 7.30. Seronok lah sial buat lah lagi buat lahhh tolong lahhh! Mujur hasil keputusan pertuduhan tersebut----> "pertuduhan ke atas kamu DIGUGURKAN!" yess! yess!! girang sekali aku masa tu. Maka selamatlah duit poketku dari melayang ke tangan pihak universiti yang sememangnya kebuluran duit. cisss!!

Cerita menyayat hati seterusnya berlaku setelah aku selesai pulang dari perbicaraan. Cik Kak Ressa yang kerinting kejelitaan mengajakku untuk sesi pemindahan barang, berambusss dari Hellfamosa durajana kawah syaitan umat jahil. Kegembiraan terbit setelah selesai mengangkut barang keluar dari premis itu. Namun, malang tak berbau seperti bau kentut rakanku SATEK. Tanpa ku duga, aku terlibat dengan satu kemalangan! Hanya tuhan yang tahu bertapa terkejut cuak nak mati nye aku pada waktu itu. Ditambah dengan Cik Kak Resa yang trauma akibat kemalangan lalu. Akibat mengelak seorang atok tua yang sesuka hati nya memancung keretaku, dengan pantas aku mengelak, lalu shreeeeettttt....gedebomm!!! Mataku liar memandang side mirror melihat kereta belakang berpusing terjun longkang. Ya Allah...Dalam hatiku berkata "mati diorang tu ya Allah memang mati!!!". Dengan lutut terketar-ketar, aku bingkas keluar dari kereta menuju ke lokasi kereta malang itu terbabas. Alhamdulillah..tiga beranak itu selamat. Syukur lah kerana memang dari tadi hotakku ini hanya membayangkan cebisan-cebisan otak yang bersepai di cermin kereta. Polis datang. Ramai lagi datang. Akhirnya selesai jugak...Aku balik begitu sahaja tanpa sebarang pertuduhan. Malang tidak berbau. Nyawaku nyaris melayang semalam. Ya Allah aku bersyukur...

No comments:

Post a Comment