Friday, October 15, 2010

Si Penyebok.

Manusia yang mempunyai perasaan hasad dengki selalunya sentiasa cuba menyerabutkan kehidupan orang lain kerana kehidupan mereka sendiri barangkali tidak cukup bahagia sepertimana kehidupan orang yang mereka serabutkan itu. Entry kali ini adalah bingkisan luahan perasaanku terhadap mereka yang cuba menarik perhatian ramai kerana dengki dengan kebahagiaan orang. Walaupun sebenarnya aku sudah kehilangan tujuan utama entry ini ditulis dan aku berasa aku sedang merapu, point yang penting untuk dikatakan di sini adalah aku benci "attention seeker". Itu saja. Mereka cuba berkelakuan seperti kelakuan kita, mereka cuba menarik perhatian orang ramai yang sebelum ini sibuk memberi perhatian hanya pada kita. Ini bukan satu catatan kedengkian. Tetapi ini adalah keluhan keserabutan. Tidak mengapa. Mungkin segalanya tidak lama jika seseorang itu merupakan seseorang yang palsu. Menjadi diri sendiri adalah lebih murni dari bersikap hipokrit, bukan?

No comments:

Post a Comment